Pages

Sunday, 23 February 2025

Hari ke 24 dah. Hampir sebulan

Hari ini baru masuk 24hb feb 2025. Saya baru je masuk rumah dari kampung. Sekarang jam 12.14 am. Tengah malam.

Just nak update tadi saya ada timbang berat badan masa kat rumah kampung. Berat saya tadi 98.1kg. Seminggu yg lepas proses penurunan tak banyak. 

Takpe, slow slow.

Exercise pun saya masih belum bersungguh lagi.


Wednesday, 19 February 2025

Hari ini hari ke 19 diet, lalui dengan tenang


Hari ini 19hb Februari 2025, bermakna sudah 19 hari saya berdiet. Alhamdulillah setakat ini berjalan lancar. Kadangkala timbang berat badan, ada proses. Ahad lalu saya timbang, angka sudah menunjukkan 98.8KG. Oklah tu berbanding sebelum diet 102KG lebih.

Minggu lepas saya ada cuti sakit 2 hari disebabkan cirit birit yan agak teruk. Punca pada waktu itu makan tengahari rojak petis. Ketika makan, dah rasa dah pedas nya lain macam. Tapi tetap habiskan rojak petis tu. Hasilnya terus perut bergelora dan pushhhh. Hari rabu kena, malamnya dah demam. So Rabu Khamis MC. 

Bermula semalam saya dah mula joging kat depan rumah. Plan nak beli treadmill tapi risau membazir je nanti lama-lama bosan. So guna je track taman depan rumah ni untuk berjoging dan brisk walk.

Kurang lebih 10 hari je lagi nak mula puasa. Ini mengingatkan saya sewaktu saya berdiet tahun 2012 dahulu kerana saya memulakan diet 2 minggu sebelum Ramadan. Kini selepas 13 tahun, saya mulakan kembali. 

Waktu itu selepas setahun berdiet, berat saya capai angka 76kg. Adakah kali ini saya mampu ulang? Saya tak fikir pun. Target saya kali ini nak bawah 90KG je dah cukup. Maklumlah faktor usia. Kini dah lebih 40 tahun. Jika dulu 20 an atau awal 30. 

Waktu itu masih muda, tenaga pun masih banyak, penyakit tak berapa nak ada. Kini semuanya berubah. Inilah rencah kehidupan.


Monday, 10 February 2025

Suatu masa dulu guys!!! 75.9 KG tu!


Ini gambar 10 tahun lalu. Rasanya pada tahun 2013. Berat badan ketika ini yang berjaya ditimbang adalah 75.9 kg. Woww sangat.


Jom mula diet. Nak capai macam ni lagi mungkin susah. Tapi kita cuba je okay.


Jom cabar diri sendiri.



 

Saya Kembali Berdiet Pada Tahun 2025

 


Assalamualaikum wbt.

Setelah sekian lama meninggalkan dunia diet, bermula 1hb Februari 2025 yang lalu saya kembali diet. Hari ini 11hb Februari bermakna sudah 11 hari saya diet.

Wallah, sejujurnya memang sukar. Jika dilihat post terakhir di blog ini pun lebih 10 tahun yang lalu. Kini saya kembali log in semula blog ini dan memulakan diet tika usia melebihi 40 tahun.

Sejauh mana berjayanya diet kali ini, saya pun tak pasti. Tapi saya teruskan saja proses.

Pastinya kali ini tidak ada produk iringan yang saya guna untuk diet. Jika dulu macam-macam produk saya guna. Ada yang berjaya dan ada yang gagal.

Gambar tertera adalah ketika saya makan tengahari di Restoran Ricos Pizza pada Jumaat lalu 7/2/2025. Makanan di depan saya tu berharga RM397. Sekali sekala nak merasa kan..

Sebelum diet, berat saya 102 kg. Kelmarin saya timbang, berat terkini 99.9kg. Ujian di depan masih panjang. Saya masih belum exercise lagi sepanjang 11 hari berdiet ini. Akan dimulakan juga kelak.

Mudah-mudahan diet ini berjaya dan sihat tubuh badan. Amin