Assalamualaikum wbt.
Setelah sekian lama meninggalkan dunia diet, bermula 1hb Februari 2025 yang lalu saya kembali diet. Hari ini 11hb Februari bermakna sudah 11 hari saya diet.
Wallah, sejujurnya memang sukar. Jika dilihat post terakhir di blog ini pun lebih 10 tahun yang lalu. Kini saya kembali log in semula blog ini dan memulakan diet tika usia melebihi 40 tahun.
Sejauh mana berjayanya diet kali ini, saya pun tak pasti. Tapi saya teruskan saja proses.
Pastinya kali ini tidak ada produk iringan yang saya guna untuk diet. Jika dulu macam-macam produk saya guna. Ada yang berjaya dan ada yang gagal.
Gambar tertera adalah ketika saya makan tengahari di Restoran Ricos Pizza pada Jumaat lalu 7/2/2025. Makanan di depan saya tu berharga RM397. Sekali sekala nak merasa kan..
Sebelum diet, berat saya 102 kg. Kelmarin saya timbang, berat terkini 99.9kg. Ujian di depan masih panjang. Saya masih belum exercise lagi sepanjang 11 hari berdiet ini. Akan dimulakan juga kelak.
Mudah-mudahan diet ini berjaya dan sihat tubuh badan. Amin
No comments:
Post a Comment