Pages

Tuesday 7 October 2014

Dah Malas Nak Diet

Assalam. Apa khabo semua??

Tajuk post ni rasanya dah memberi maksud yang jelas.

Sungguh. Diet memang memenatkan. Saya berdiet sejak tahun 2012. Pelbagai kaedah diet saya amalkan.

Sesungguhnya, saya dah lama TAK DIET!!

Apa yang saya lakukan adalah hanya kawal pemakanan dan amalkan cara hidup yang lebih sihat.

Saya bebas makan nasi.
Saya bebas nak makan apa lauk yang saya mahu.

Sunday 25 May 2014

New Image Shape Up

Hari ini Isnin, 26hb Mei 2014.

Saya akan mulakan diet fasa seterusnya bersama produk baru. Produk ini baru dilancarkan pada bulan ini. Antara tujuannya adalah untuk melihat sejauh mana produk ini memberi kesan kepada diet saya.

Produk yang dimaksudkan adalah New Image Shape Up.

Saya melihat ramai orang menjual produk ini. Tetapi belum banyak testimoni dan bukti yang menunjukkan produk ini benar-benar memberi kesan.

Saya harus mencubanya terlebih dahulu. Sebelum ini saya mengamalkan produk Alpha Lipid SD2 dan nyata ianya memberi kesan yang baik kepada proses diet saya. Kini, dengan pelancaran produk baru, adakah ianya memberikan keputusan yang sama?

Diet bermula! 81.7KG.

New Image Shape Up


Tamat Diet Tanpa Produk

Ok, nak maklumkan, diet tanpa produk telah dihentikan pada hari Ahad 25hb 5 2014.

Hasilnya, berat yang diperolehi adalah 81.7KG.

Hmmm.. kurang puas hati. 3 minggu diet dengan penurunan sekitar 2KG sahaja.

Now, diet kembali dengan produk.

Thursday 22 May 2014

Diet Akan Tamat Hari Kedua Puluh

PENGUMUMAN

InsyaAllah.

Diet yang mengambil teras Diet Atkin dengan diubahsuai ikut selera sendiri ini akan ditamatkan pada hari kedua puluh iaitu pada Ahad ini 25hb 5 2014.

Pada pagi hari Ahad, 25hb Mei 2014, saya akan timbang berat badan saya.

Hari Kelapan Belas

Salam.

Sarapan:
- Roti Canai sekeping
- Nasi lemak sebungkus
- Kari kambing satu pinggan kecil

Tengahari:
- Rojak (Tempe, Tauhu, Kuih bom, timun, kuah kacang)

Minum petang:
- Kuih apam kacang merah. Dalam 10 biji juga kot makan.

Makan malam:
- Tak makan sangat
- Dua tiga hiris ayam goreng kunyit
- Sesuap dua sayur kailan ikan masin

Hari Ketujuh Belas

Salam

Lupa lagi nak update malam tadi.

Sarapan: 7.30am
- Roti bakar jem strawberry 3 keping.

9.00am:
-Perlawanan futsal
- Rasa nak pitam
- Pegi kedai mamak order maggi goreng + fresh orange (suam).

10.00-1.00:
- Perlawanan futsal

1.30pm:
- Makan mee goreng satu pinggan

Petang: 6.00pm.
- Pegi pasar malam
- Makan kebab daging
- Keropok lekor
- Kuih tepung pelita 3 biji
- Sukun goreng 2 potong

Malam tak makan

Tuesday 20 May 2014

Hari Keenam Belas

Salam.

Hari ni ada sukan lagi.

Sarapan pagi 9.30 pagi:
- Nasi Lemak
- Sambal Telur goreng

Makan tengahari 2.00pm.
- Rojak mamak

3.30pm: Perlawanan badminton akhir.
Keputusan: JUARA!

6.00pm:
- Main futsal

Malam:
- Makan kacang jer.