Pages

Monday 26 November 2012

Iklan Alpha Lipid SD2

Dapatkan produk penurunan berat badan anda Alpha Lipid SDII sekarang! Satu produk yang boleh menurunkan berat badan anda sehingga 5 kg dalam masa seminggu!

PELUANG MENAMBAH PENDAPATAN BERSAMA ALPHA LIPID. HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT!


Hubungi saya: Safari 0136940410 
(Call, SMS, Whatssup)

Sunday 25 November 2012

Memoir Menurunkan Berat Badan 2

"betul ke aku boleh turun berat badan ni?" bisikan hati tercetus.

"ala Safa, tak payah la ko nak berdiet bagai, buat menyeksa badan je", terngiang-ngiang saranan rakan bila saya menyatakan ingin berdiet.

"jangan kufur nikmat... makan lah nasi tu.. kan rezeki tu", sahabat sekerja menyapa ketika mengambil makanan di kedai.

Dalam keadaan diri sendiri tidak cukup kuat untuk memulakan diet, pengaruh sekeliling juga seperti tidak memberi semangat untuk saya meneruskan misi berdiet. Selama ini tidak pernah sama sekali berdiet, tiba-tiba menyatakan hasrat mahu berdiet, ianya bukan sahaja kelakar pada orang lain malah mengundang hilai tawa dan senyuman yang sinis. Senyuman kambing yang agak menggeramkan hati.

Boleh dikatakan hampir tiada faktor semangat luaran yang membantu misi diet ini. Kebanyakan yang hadir adalah pengaruh negatif yang melemahkan lagi semangat saya untuk memberhentikan proses diet.

Berbekalkan semangat yang ada pada diri sendiri, saya teruskan jua proses diet. Dan dalam masa 2 minggu saya dapat menurunkan berat badan sebanyak 9kg dan itu merupakan satu angka yang sangat menyeronokkan. Walaupun untuk melaluinya terpaksa menempuh jalan sukar, tetapi hasilnya sangat memuaskan hati.

Tuesday 6 November 2012

Memoir Menurunkan Berat Badan

Alpha Lipid SD2 merupakan produk yang saya amalkan di dalam proses penurunan berat badan. Alhamdulillah, saya serasi dengan produk ni ianya menampakkan kesan. Namun, terdapat pula orang lain yang kecewa bila berat tak turun dengan mengambil Alpha Lipid SD2. Apa yang boleh saya katakan adalah, jangan give up, jangan kecewa dan jangan mengalah pada diri sendiri. Saya sendiri telah menghabiskan 6 tin untuk menurunkan berat badan sehingga 14kg.

Menurunkan berat badan bukan satu perkara yang mudah. Ianya memerlukan satu kekuatan dalaman dan luaran bagi menempuh satu proses yang ketat. Yang paling penting, kehidupan yang sebelum ini harus di ubah. Jika nak turunkan berat badan semata-mata dengan minum SD2, mungkin ia satu tindakan yang silap. Pada pendapat saya, pengambilan SD2 harus disertakan dengan perubahan cara hidup kita.

Apa maknanya ubah cara hidup ini? Bagi saya, sebelum ini saya lansung tidak mengendahkan cara hidup yang sihat. Saya makan nasi banyak. Sarapan nasi, lunch nasi, petang nasi, malam pun nasi. Minum air bergas dan air manis setiap masa. Bersukan pula jauh sekali. Balik kerja, rehat2 tidur. Rutin harian, bangun pagi, makan, kerja, balik kerja, makan, tidur. Lama kelamaan, badan makin tak selesa. Badan rasa berat. Sehinggakan saya hampir-hampir disahkan menghidap darah tinggi. Puncanya kerana cara pemakanan dan cara hidup saya yang teruk! Cara hidup yang teruk itu menyebabkan berat badan naik dan penyakit mula bertandang.

Tekad saya ketika itu adalah untuk menurunkan berat badan. Saya survey di internet, terjumpalah Alpha Lipid SD2 ini. Saya terus hubungi penjual yang berkenaan untuk mencuba dengan 2 tin. Wife saya sendiri pun terkejut kenapa tiba-tiba nak kurus pula ni? Saya cakap la, ini untuk kesihatan. Dah tak larat dah bawak badan yang teruk ini! Tetapi saya tak tahu pula yang kalau minum Alpha Lipid SD2 ini kena berdiet. Saya tahu pun lepas dah beli. Saya tak dapat bayangkan ketika itu bagaimana saya nak lalui kehidupan tanpa makan nasi. Nak cancel, dah terbeli pula.

Lama saya fikir, akhirnya, alang-alang dah beli, saya terpaksalah ikut juga peraturan yang ditetapkan tu. Dalam keadaan terpaksa. Alang-alang dah mula ni, saya buat sungguh-sungguh. Saya memang ubah cara hidup selepas itu. Kerap berjogging dan yang paling penting, saya masuk ke Kelab Badminton. Satu keputusan yang agak luar biasa bagi saya dan ianya memang satu tindakan yang agak drastik. 

Alhamdulillah, minggu pertama selepas amal produk ini beserta peraturan dan bersukan, saya dapat turunkan berat badan sebanyak 5kg. Memang menyeronokkan ketika itu.

Minum SD2 Tapi Tak Turun Berat Pun?

"akak dah minum SD2 seminggu, tapi berat akak tak turun pun?" seorang pelanggan bertanya.

"Akak diet tak?", saya bertanya kembali.

"ye, diet. Akak lansung tak ambil karbo. Memang ikut betul-betul apa yang disuruh tu. Bila timbang tak turun pun. Ada la turun sikit tapi tak sampai 1kg."

Situasi ini antara soalan lazim yang harus didepani oleh pengedar Alpha Lipid Sd2. Malah bukan produk ini, sahaja, produk-produk lain pun harus bersedia menerima respon pelanggan seperti ini.

Soalannya, mengapa terjadi situasi itu? Bukankah Alpha Lipid SD2 menjanjikan penurunan berat badan antara 2kg sehingga 5kg dalam masa seminggu? Tetapi jangankan 2kg, 1 kg pun tak dapat diturunkan dalam masa seminggu oleh pelanggan. Di mana silapnya?

Bagi menjawab jawapan ini, saya fikir jawapannya pada diri seseorang itu. Keserasian produk juga boleh memainkan peranan dalam hal pengambilan supplement ini. Mungkin ada yang serasi dengan produk tertentu, maka dia pun berjaya menurunkan berat badan. Namun, sebaliknya ada yang tak dapat turunkan berat badan walau mencuba pelbagai produk.

Nasihat saya, jangan give up dan berputus asa. Kuatkan semangat dan teruskan minum SD2. InsyaAllah berat badan akan turun juga hasil usaha dan kesabaran kita.

Sunday 28 October 2012

Cara Penyediaan Alpha Lipid SD2

Ramai juga yang bertanya kepada saya, macam mana nak menyediakan Alpha Lipid SD2 ni? Boleh tak kacau guna sudu saja? Kacau guna sudu memang tak boleh sebab nanti air dan serbuk tidak akan sebati. Mesti kena goncang juga.

Berikut adalah video yang disediakan oleh pihak syarikat sebagai panduan penyediaan Alpha Lipid SD2. Semoga memberi manfaat buat semua.


Tuesday 16 October 2012

Pengacau Diet Anda

"Aku nampak ko makin susut la sekarang" sapa seorang sahabat.

"Ye ke? Alhamdulillah, aku diet sikit dan amal produk Alpha Lipid SD2".

"Alpha Lipid SD2?? keh keh keh".

Dialog ini adalah situasi biasa yang lazim berlaku di kalangan pengguna Alpha Lipid SD2. Kalau baik sikit, dia akan sebut "Alpha Lipid SD2?" sambil senyum sumbing macam kerang belum direbus.

Ada juga situasi lain yang kerap juga dihadapi oleh pengguna Alpha Lipid Sd2.

"Berapa harga satu tin ni?" tanya seorang rakan.

"RM180 je. Tapi boleh dapat dengan harga ahli RM150", jawapan penuh yakin.

"RM150?????, ni kalau buat makan ikan bakar tentu sedap dan kenyang. Ish ish, 150 tu, macam-macam boleh beli wooo... Boleh pegi wonderland, boleh bayar bilik hotel semalaman.. banyak benda boleh guna dengan 150 tuuu".

"ohh ye ke..., okey".

Blah je terus kalau ada yang ajak berbual dengan nada yang sebegitu.

Dalam dunia ini kita sentiasa tak dapat lari dari pengaruh orang lain. Sampai bila kita nak membiarkan orang lain mempengaruhi kita. Jika mempengaruhi ke jalan yang positif, yang membina tak mengapalah. Ini asyik nak menjatuhkan, mempertikaikan.

Dari jauh, balas lah dengan penuh hikmah kepadanya. "ada aku khesah??" sambil buat gaya R2/Boboi jelir lidah.

Persediaan Mental dan Fizikal


Mahu memulakan pengambilan Alpha Lipid Sd2 bukan satu perkara yang mudah. Anda harus bersedia dari segi mental dan fizikal untuk melalui program diet bersama Alpha Lipid Sd2.

Antara persediaan yang harus dihadapi adalah, Tidak Boleh Makan Nasi!

Mengamalkan Alpha Lipid SD2 tanpa berdiet dan terus makan nasi tanpa adanya perubahan dalam pemakanan seharian akan menyebabkan anda kecewa. Jika belum bersedia untuk berdiet iaitu meninggalkan makan nasi, mee, bihun, kuih dan seumpamanya, adalah lebih baik tidak perlu membeli Alpha Lipid SD2.

Sunday 7 October 2012

Menu Makan Tengahari / Malam 1

Berikut pula adalah contoh makanan untuk makan tengahari / malam yang saya ambil sewaktu tempoh diet.

Chicken Chop, Coslow dan Ayam Goreng Seketul

Sup Daging

Sunday 30 September 2012

Jatuh Sakit!

Ujian Ramadan. Satu peristiwa yang takkan dilupakan semasa menjalani proses diet ini adalah apabila saya jatuh sakit hingga tak boleh bangun. (boleh bangun tapi sakit sangat). Memang sepanjang hari terbaring sahaja lah.

Peristiwa ini berlaku apabila masuk minggu kedua saya mengamalkan diet karbohidrat bersama Alpha Lipid SDII. Ianya juga kebetulan sama dengan 1 Ramadan 1433 yang lalu. Satu pengalaman yang memang sangat memberi pengajaran.

Semasa saya berhadapan dengan penyakit itu, saya berfikir apa sebenarnya yang sedang berlaku?
1. Adakah kerana aku berdiet?
2. Adakah kerana aku minum Alpha Lipid SD2
3. Adakah kerana ujian memasuki bulan Ramadan
4. Adakah kerana memang time nak kena sakit.

Sebelum saya kena sakit itu, isteri saya terlebih dahulu demam. Jadi, saya membuat kesimpulan bahawa sakit yang saya alami ini adalah kerana jangkitan darinya. Saya MC selama 3 hari kalau tak silap saya ketika itu.

Saya tidak menyalahkan diet dan minum alpha lipid. Tidak ada sebab untuk saya menyalahkan amalan diet dan produk ini.

Selepas beberapa ketika, saya berfikir berkemungkinan badan saya agak terkejut dengan perubahan rutin pemakanan saya. Ini boleh jadi juga. Sekian lama makan nasi dengan pelbagai juadah, tiba-tiba mahu berdiet, ada kemungkinan jatuh sakit adalah kerana itu.

Saya tidak mengalah, saya tetap teruskan amalan diet walaupun ketika itu jatuh sakit. Apabila penyakit sudah beransur sihat, rutin kehidupan kembali seperti biasa. Saya tetap berdiet ketika sakit dan selepas itu. Saya juga terus minum Alpha Lipid SD2 mengikut jadual.

Jadi, kepada sesiapa yang turut mengalami situasi yang sama seperti saya, boleh jadi ianya satu kesan sampingan akibat perubahan cara kehidupan dan pemakanan kita. Jangan mengalah dengan berhenti diet dan berhenti minum Alpha Lipid SdII. Teruskan saja!

Sunday 23 September 2012

Menu Sarapan 1

Diet karbohidrat ini memang kena pantang sikit dalam hal pemakanan. Terutama bagi orang melayu yang dah sangat serasi dengan makanan yang tinggi karbohidrat, nak ubah cara makan memang satu pengorbanan yang besar. Saya letak sedikit gambar makanan yang saya ambil untuk sarapan.

Dua ketul nugget, seketul ayam dan sebiji telur mata kerbau

Dua ekor ikan sederhana besar beserta sambal bawang

Ayam goreng seketul dan telur goreng sebiji.

Monday 17 September 2012

Ke Perlis

Gambar di hadapan homestay
Saya ke Perlis pada 3 hingga 6 September yang lalu. Mengiringi peserta nasyid untuk bertanding dalam Festival Nasyid Politeknik Malaysia yang berlansung di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Macam-macam ujian yang berlaku. Kemenangan masih lagi belum berpihak kepada kami. Tak mengapa lah, kalah menang adat pertandingan.

Lagu versi saya boleh didengari melalui link berikut: http://soundcloud.com/alongsafa/akidah-pengukuh-akhlak

Sunday 9 September 2012

Roti Rendah Karbihidrat Gardenia Breakthru

Roti Gardenia Breakthru
Ini adalah roti yang boleh dimakan oleh orang-orang yang berdiet karbohidrat khususnya yang mengamalkan Alpha Lipid Sd2. Roti ini mengandungi karbohidrat yang rendah dan sesuai dimakan oleh sesiapa yang sedang berdiet.

Roti ini dijual dengan harga RM4.70. Mudah didapati di pasaraya dan 7 Eleven. Amalkan roti ini 2 keping setiap pagi sebagai sarapan pun sudah mencukupi. Untuk lebih menyelerakan, boleh dibuat sanwich bersama tuna ayam, tuna ikan ataupun sardin.

Maklumat lanjut perihal roti ini boleh layari web syarikat melalui link ini: http://www.gardenia.com.my/breakthru_dtl.html

Seminggu Selepas Diet

Setelah seminggu saya berdiet, perasaan teruja nak timbang berat badan memanglah teramat sangat. Sebelum itu, dari mula saya ambil produk dan memulakan diet ini, sepanjang seminggu awal itu memang saya ikut segala peraturan yang ditetapkan.

Di awal pagi, saya mulakan hari dengan minum Alpha Lipid SD2. Kemudian, pergi kerja. Bawa sekali tin dan shaker untuk minum di waktu tengahari nanti. Sarapan pula, biasanya saya makan roti yang rendah karbohidrat. Jenama roti ini Gardenia Breakthru macam tu la namanya lebih kurang. Nanti saya uploadkan gambarnya untuk post akan datang.

Kadang-kadang saya ke warung, pening juga nak order apa. Biasanya, saya ambil telur, nugget hotdog. Ada juga saya order Lontong, tetapi tanpa nasi impitnya. Hanya minta sayurnya sahaja. Pelik orang tengok, tapi tak mengapa. Saya ada misi!!

Tengaharinya pula, saya makan lauk sahaja. Sering juga makan sup daging (tanpa nasi). Mula-mula memang rasa janggal. Iyalah, makan semua yang lauk-lauk sahaja. Tapi lama-kelamaan ianya sudah menjadi kelaziman.

Saya juga berjoging dan bermain ping pong dan badminton. Dengan cara ini, fikir saya, penurunan berat badan akan menjadi lebih pantas.

Alhamdulillah, genap seminggu saya berdiet bersama Alpha Lipid SD2, saya pergi ke MYDIN di Melaka dan menimbang berat badan di sana. Adalah suatu perkara yang sangat menggembirakan apabila mesin penimbang itu memaperkan number 91.1KG!. Daripada berat asal 96kg.

Masuk minggu kedua, sudah bulan Ramadan. InsyaAllah episod akan datang: Ujian Ramadan.

Saturday 1 September 2012

Diet: Satu Perubahan Dalam Rutin Kehidupan

Gambar di depan rumah family di kampung.
Selama ini, tidak pernah terfikir di minda saya untuk berdiet. Berdiet akan menyebabkan saya lapar. Bila lapar, sudah tentu itu satu perkara yang tidak menyeronokkan. Jadi, berdiet itu membuang masa, merugikan dan tidak berfaeda pada pandangan saya.

Sebelum ini, saya pernah membeli pil 'minyak' dengan niat untuk menguruskan badan. Lebih tepat, menurunkan berat badan. Pil ini saya beli 30 biji (sekotak) dengan harga RM50. Farmasi yang menjual pil ini mendakwa, pil ini akan membuang minyak-minyak dari pemakanan dan dari dalam tubuh kita. Kesan sampingannya, apabila membuang najis besar, ianya akan berminyak! Jadi, setiap kali mahu bersuci, terpaksa bawa sabun untuk membuang minyak. Leceh. Tidak nampak ada penurunan yang jelas hasil dari amalan produk pil ini. Usaha mahu menurunkan berat badan bersama pil ini terhenti di tengah jalan.

Bermula pada 21 Julai 2012, saya mula berdiet. Sebelum saya mulakan program diet ini, sememangnya hati berbelah bahagi. Bagaimana mungkin mahu meninggalkan nasi yang menjadi teman rapat sekian lama? Namun, penjual Alpha Lipid SDII itu mengatakan, tempoh 'puasa nasi' ini sekejap saja. Bila dah turun nanti, boleh makan nasi semula. Saya mula 'terkesan' dengan janjinya itu. Dalam tempoh menurunkan berat badan ini, saya cuba untuk 'mengurangkan' pengambilan karbohidrat seperti mana yang telah digariskan. 

Hari Jumaat, malam sebelum saya memulakan program diet ini, saya dan family makan di luar. Saya memesan masakan kegemaran saya, nasi goreng kampung. 

Isteri saya ajuk saya, 'hai.. kata nak diet?'. 

Saya menjawab spontan, 'program diet belum bermula. Esok pagi baru mula. Malam ni boleh makan lagi'. 
Nasi goreng kampung terus dinikmati dengan penuh selera.. sebelum 'berpisah' dengannya.

Keesokan pagi, bermulalah era baru dalam kehidupan. Buat julung kalinya, saya berdiet! Isteri saya memberi galakan untuk saya mengharungi program diet ini dengan menyatakan 'listkanlah masakan apa yang nak dimakan setiap hari'. Saya mengatakan akan membuat jadual menu masakan harian dan akan tampal di dapur. Begitu 'dahsyat' planning diet. Tetapi sampai ke hari ini, satu jadual pun tak terbuat, apatah lagi mahu ditampal di dapur. 

Cuma apa yang boleh dibuat adalah memastikan makanan larangan jangan di ambil. Hanya yang dibenarkan sahaja. Seminggu awal di dalam tempoh diet ini merupakan detik yang penting. Di ketika saya mengubah cara pemakanan saya, ianya juga mengubah cara hidup saya. Saya begitu berazam mahu bersukan. Seminggu awal ini saya penuhi dengan senaman, berjoging, bermain ping pong. Detik bersejarah tercipta lagi apabila saya memohon masuk ke Kelab Badminton di tempat kerja saya.

Episod seterusnya: selepas seminggu berdiet.

Tuesday 28 August 2012

Bermulalah Diet

Bersama sahabat saya Saiful. Gambar sekadar hiasan.
Mengapa saya mesti turunkan berat badan? Ok je sebelum ni kan? Bukannya gemuk sangat pun.

Orang yang terlebih berat badan akan berasa beratnya ok selagi mana dia tak sedar diri, tak sayang kat diri sendiri, tak sayang pada ahli keluarga, rasa tak bersalah dengan berat badan yang sentiasa bertambah setiap masa.

Dalam keadaan sudah ada bibit-bibit penyakit yang menghampiri. Dengan bentuk tubuh yang semakin memboyot dan sering diperli orang, perkara itu seharusnya menjadikan seseorang yang terlebih berat badan berasa bersalah kerana memiliki tubuh badan yang begitu.

Sudah lama saya berazam mahu menguruskan badan. Tetapi hanya sekadar azam. Tiada tindakan. Ramai sebenarnya orang yang pendirian seperti saya. 'saya azam mahu mula turun berat badan esok, lusa, bulan depan'. Tetapi entah bila mahu tertunai azam yang sering dibuat.

Alhamdulillah azam yang sekian lama bertangguh itu dijelmakan dengan bersungguh-sungguh sekitar awal bulan Julai yang lalu. 'aku mesti turunkan berat badan!'. Sebab apa? Sebab saya harus hidup dengan sihat dan meminimakan risiko penyakit yang bila-bila masa boleh bertandang. Bacaan darah saya kerap tinggi. Sentiasa di bacaan 'atas pagar'. Ini sesuatu yang juga menjadi sebab untuk saya melakukan sesuatu tindakan.

Jujur, saya mula sedar untuk turunkan berat badan bila terpandang promosi produk Alpha Lipid SDII. Melihat testimoni pengguna, bertanya kenalan-kenalan, juga doktor-doktor, akhirnya saya mengambil keputusan untuk membeli Alpha Lipid SDII. Namun apabila mengetahui syarat pengambilan produk ini harus disertakan dengan diet, saya agar berasa sedikit lemah. 'Bagaimana mahu berhadapan dengan kehidupan tanpa nasi?'. Lama yang berfikir perkara ini.

Atas dasar semangat dan penetapan di minda untuk kurus, dan kebetulan waktu itu Alpha Lipid SDII seolah-olah tampil menunjukkan dirinya, saya kata pada diri saya 'cubalah dulu'.

Lalu saya membeli Alpha Lipid SDII buat pertama kalinya pada pertengahan bulan 7 yang lalu. Dan saya mula berdiet bersama Alpha Lipid SDII ini secara rasmi pada 21hb Julai 2012. Saya akan ceritakan perjalanan diet ini di episod seterusnya.

(Klik gambar hiasan di atas untuk paparan lebih jelas.)

Sunday 26 August 2012

Boleh pula tanpa Alpha Lipid SDII?

'Boleh plak turun berat badan ko tanpa Alpha Lipid SDII?'

'Siapa kata?'

'Ko yang kata kat post sebelum ni tu?'

'Yang ni ke KLIK SINI UNTUK BAB05'

'Ya lah!!!'

Ok, kalau rujuk post yang itu, cuba teliti betul-betul apa maklumat yang nak disampaikan. Fahami dan selami isi hati saya (ohh).

Dalam masa seminggu saya tidak ambil Alpha Lipid SDII, ditambah juga dengan pemakanan yang tidak mengikut disiplin diet, ianya merupakan satu bukti bahawa: Bila dah dapat berat badan ideal, tak payah minum Alpha Lipid SDII pun berat badan still mentain, tidak naik!

Tak faham lagi? Ok. Saya simpulkan, seminggu itu sebagai minggu ujian untuk melihat adakah berat badan akan naik apabila tidak lagi berdiet dan tidak lagi beralpha lipid sdII. (tukar misi nampak?? hehe). Keputusan yang saya perolehi membuktikan bahawa berat badan masih ideal! Jadi, tidak timbul isu 'alah, bila ko berenti minum Alpha Lipid SDII, naik balik la badan ko'.

Tentu ramai yang dengar orang yang cakap macam tu kat kita kan? Kita? hehe.. Ya la.. kita la yang bercita-cita tinggi nak turunkan berat badan ni. Ada aje ayat-ayat menjatuhkan moral kita, menjatuhkan semangat kita. Takpe, lantak la mulut orang apa nak kata. Pedulikan. Diikutkan kata orang, sampai bila-bila kita tak jadi diri sendiri. Pedulikan!

Saya masih minum Alpha Lipid SDII. Kerana saya masih lagi menuju berat badan idaman. Huhu. Anda bagaimana. Takpe, anda adalah apa yang anda fikirkan! Alpha Lipid SDII membantu anda menurunkan berat badan dengan efektif dan berkesan!

Ops, lupa nak cakap, gambar hiasan itu adalah sehari sebelum menyambut Syawal 1433. Gambar hiasan jee.. Takde apa-apa istimewanya pun gambar tu.. heee.

Seminggu Raya Tanpa Diet Dan Alpha Lipid SDII

Saya terlupa nak membawa pulang Alpha Lipid SDII ketika mahu bercuti hari raya yang lalu. Semasa dalam perjalanan, baru teringat yang tin Alpha Lipid SDII itu saya tidak masukkan ke dalam kereta. Agak menggeramkan hati...

Disebabkan sudah terlupa membawa Alpha Lipid SDII, saya mengubah perancangan diet iaitu hanya berdiet tanpa disertakan Alpha Lipid SDII. Saya program di minda saya mengatakan, 'aku telah mendapat berat badan yang ideal, maka aku dah tak perlukan Alpha Lipid SDII'.

Di awal-awal percutian, saya dapat menahan diri daripada makan makanan yang dilarang. Di pagi 1 syawal, saya masih lagi dapat menahan diri daripada menjamah ketupat melainkan hanya sedikit dan ditambah dengan beberapa ketul ayam goreng dan sayuran yang ada dalam sayur masak lodeh masakan mak saya. Kadang-kadang saya mencuri makan kuih raya yang sememangnya dilarang dalam disiplin diet. 'alah, sebiji dua je, tak mengapalah...'. Minda saya masih diprogramkan 'aku telah mendapat berat badan ideal!'.

Masuk hari raya kedua, habis semua disiplin diet. Sehingga lah genap seminggu (hari ini). Semua makanan yang ada di depan mata saya makan. Dengan enaknya! Macam-macam kuih raya saya makan. Banyak yang manis-manis. Nasi berlaukkan asam pedas, mi goreng, mi sup, bihun sup, nasi lemak, roti canai, murtabak dan macam-macam! Saya menjadi takut untuk nak timbang berat badan dalam tempoh tersebut.

Semalam, (Sabtu), saya menghantar anak ke klinik, di bilik doktor itu ada alat penimbang. Untuk rekod, berat badan sebelum saya bercuti adalah 85kg. Melihat jarum penimbang menunjukkan angka seperti di gambar itu, saya keluar dari klinik dengan tersenyum..

Thursday 16 August 2012

Seluar yang sudah membesar?


Seluar di atas adalah seluar yang sama. Tetapi gambar yang sebelah kiri itu, saya tidak mengancing seluar. Hanya mengharap ikatan dari tali pinggang untuk melindungi kancing seluar yang tidak dapat disambungkan. Kalau ada yang tahu, memang kena kutuk habis-habisan!

Itu sebab semasa di tempat kerja, saya sering menyembunyikan kebuncitan dan ketidakmuatan seluar itu dengan memakai jaket. Tapi sejauh mana penipuan ini berjaya mengubah persepsi orang lain kepada saya? Adalah satu perkara yang kelakar bila mengharap orang lain juga menipu saya dengan berkata 'ko nampak kuruslah...' dengan berpakaian begitu.

Gambar di sebelah kanan itu dengan rasa sukacita mahu memberitahu, 'eh, dah boleh kancing lah seluar ni'. Mungkin seluar ini membesar atau kembang sendiri...

Wednesday 15 August 2012

Tak Sedar Diri

'Dah berapa bulan perut tu'? sapa seorang rakan kerja.

'Dah nak bersalin dah ni.....!' jawapan daripada seorang yang tak sedar diri seperti saya.

Begitulah lumrah. Sudahlah gemuk, perut buncit pula. Tak sedar diri ke? Tak sedar ke badan tu mengundang hilai tawa dan senyum sinis kepada yang memandangnya?

'Ah, biarlah orang lain nak kata. Bukan menyusahkan hidup diorang pun'.

Alasan biasa untuk mengelakkan diri daripada rasa bersalah. Yalah, mahu rasa bersalah kenapa pula. Sendiri punya badan sendiri punya urusan lah kan.

Inilah akibat orang yang tak sedar diri. Rasa diri sendiri betul, rasa badan gemuk itu selesa, rasa berat badan berlebihan itu satu lambang lelaki sejati, akhirnya nanti akan merana juga. Sedangkan ianya secara perlahan-lahan meresapi segenap ruang badan kita, mencari-cari tempat yang sesuai bagi membuat serang hendap.

Kesedaran tiba jua. Apabila memikirkan ejekan orang. Apabila memikirkan diri yang semakin tak hensem bersama masyarakat. Bila memikirkan masalah kesihatan yang sering kunjung tiba. Dan nyaris-nyaris berdaftar dengan Persatuan Darah Tinggi, sesuatu harus dilakukan!

Seketika memandang anak-anak yang masih kecil...... mereka memerlukanku...

Tuesday 14 August 2012

Perjalanan Berat Badan


Menurunkan berat badan tidak semudah yang disangkakan. Sebelum ini saya rasa selesa dengan berat badan saya. Sebelum berkahwin, berat badan saya sudah mula memasuki fasa 80kg. Walaupun angka itu agak menggerunkan, tetapi saya tidak kisah dan saya anggap ianya normal mengikut peredaran masa dan usia saya. Saya masih ingat, selepas saya menamatkan pembelajaran, berat saya ketika itu sekitar 68kg.

Saban hari saya tidak ambil kisah perihal berat badan. Biarlah naikpun. Bukan ada masalah pun. Biarlah gemuk asalkan sihat. Biarlah makan banyak sementara masih sihat. Saya mewujudkan teori sendiri untuk berasakan saya semakin selesa dan terus selesa dengan kehidupan setiap hari.

Angka tertinggi berat badan yang saya pernah capai adalah 96kg. Itu yang pernah tertimbang. Mungkin ada ketika berat saya melebihi angka itu tetapi tidak direkodkan kerana tidak sempat menimbang berat badan. Angka itu memang menggerunkan. Tetapi saya seperti tak rasa apa-apa. Sedangkan sudah ada bibit-bibit penyakit yang sedang mengetuk pintu.....

Salam Diet Untuk Semua


Bismillah. Assalamualaikum wbt. Selamat Datang saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini. Secara rasmi blog ini saya daftarkan pada hari Selasa, 15hb Ogos 2012 bersamaan 26 Ramadan 1433.

Dengan niat utama mahu berkongsi pengalaman bersama kalian semua, blog ini saya khususnya untuk berkongsi maklumat, cerita, pengalaman dan sebagainya berkaitan cara hidup sihat khususnya melalui program penurunan berat badan.

Saya telah melalui proses penurunan berat badan pada awal Ramadan yang lepas. Di dalam blog ini saya akan cerita sedikit sebanyak pengalaman saya yang tak seberapa bersama anda semua. Walaupun, penurunan tidaklah banyak sangat, sekitar 10kg sahaja dalam masa sebulan, tetapi ianya merupakan satu perkara yang saya sangat seronok untuk berkongsi bersama kalian semua. Insyallah teruskan minat anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan pemakanan, kesihatan, diet dan penurunan berat badan.