Pages

Sunday, 26 August 2012

Seminggu Raya Tanpa Diet Dan Alpha Lipid SDII

Saya terlupa nak membawa pulang Alpha Lipid SDII ketika mahu bercuti hari raya yang lalu. Semasa dalam perjalanan, baru teringat yang tin Alpha Lipid SDII itu saya tidak masukkan ke dalam kereta. Agak menggeramkan hati...

Disebabkan sudah terlupa membawa Alpha Lipid SDII, saya mengubah perancangan diet iaitu hanya berdiet tanpa disertakan Alpha Lipid SDII. Saya program di minda saya mengatakan, 'aku telah mendapat berat badan yang ideal, maka aku dah tak perlukan Alpha Lipid SDII'.

Di awal-awal percutian, saya dapat menahan diri daripada makan makanan yang dilarang. Di pagi 1 syawal, saya masih lagi dapat menahan diri daripada menjamah ketupat melainkan hanya sedikit dan ditambah dengan beberapa ketul ayam goreng dan sayuran yang ada dalam sayur masak lodeh masakan mak saya. Kadang-kadang saya mencuri makan kuih raya yang sememangnya dilarang dalam disiplin diet. 'alah, sebiji dua je, tak mengapalah...'. Minda saya masih diprogramkan 'aku telah mendapat berat badan ideal!'.

Masuk hari raya kedua, habis semua disiplin diet. Sehingga lah genap seminggu (hari ini). Semua makanan yang ada di depan mata saya makan. Dengan enaknya! Macam-macam kuih raya saya makan. Banyak yang manis-manis. Nasi berlaukkan asam pedas, mi goreng, mi sup, bihun sup, nasi lemak, roti canai, murtabak dan macam-macam! Saya menjadi takut untuk nak timbang berat badan dalam tempoh tersebut.

Semalam, (Sabtu), saya menghantar anak ke klinik, di bilik doktor itu ada alat penimbang. Untuk rekod, berat badan sebelum saya bercuti adalah 85kg. Melihat jarum penimbang menunjukkan angka seperti di gambar itu, saya keluar dari klinik dengan tersenyum..

No comments:

Post a Comment