Pages

Tuesday, 14 August 2012

Perjalanan Berat Badan


Menurunkan berat badan tidak semudah yang disangkakan. Sebelum ini saya rasa selesa dengan berat badan saya. Sebelum berkahwin, berat badan saya sudah mula memasuki fasa 80kg. Walaupun angka itu agak menggerunkan, tetapi saya tidak kisah dan saya anggap ianya normal mengikut peredaran masa dan usia saya. Saya masih ingat, selepas saya menamatkan pembelajaran, berat saya ketika itu sekitar 68kg.

Saban hari saya tidak ambil kisah perihal berat badan. Biarlah naikpun. Bukan ada masalah pun. Biarlah gemuk asalkan sihat. Biarlah makan banyak sementara masih sihat. Saya mewujudkan teori sendiri untuk berasakan saya semakin selesa dan terus selesa dengan kehidupan setiap hari.

Angka tertinggi berat badan yang saya pernah capai adalah 96kg. Itu yang pernah tertimbang. Mungkin ada ketika berat saya melebihi angka itu tetapi tidak direkodkan kerana tidak sempat menimbang berat badan. Angka itu memang menggerunkan. Tetapi saya seperti tak rasa apa-apa. Sedangkan sudah ada bibit-bibit penyakit yang sedang mengetuk pintu.....

No comments:

Post a Comment