Pages

Tuesday 7 October 2014

Dah Malas Nak Diet

Assalam. Apa khabo semua??

Tajuk post ni rasanya dah memberi maksud yang jelas.

Sungguh. Diet memang memenatkan. Saya berdiet sejak tahun 2012. Pelbagai kaedah diet saya amalkan.

Sesungguhnya, saya dah lama TAK DIET!!

Apa yang saya lakukan adalah hanya kawal pemakanan dan amalkan cara hidup yang lebih sihat.

Saya bebas makan nasi.
Saya bebas nak makan apa lauk yang saya mahu.

Sunday 25 May 2014

New Image Shape Up

Hari ini Isnin, 26hb Mei 2014.

Saya akan mulakan diet fasa seterusnya bersama produk baru. Produk ini baru dilancarkan pada bulan ini. Antara tujuannya adalah untuk melihat sejauh mana produk ini memberi kesan kepada diet saya.

Produk yang dimaksudkan adalah New Image Shape Up.

Saya melihat ramai orang menjual produk ini. Tetapi belum banyak testimoni dan bukti yang menunjukkan produk ini benar-benar memberi kesan.

Saya harus mencubanya terlebih dahulu. Sebelum ini saya mengamalkan produk Alpha Lipid SD2 dan nyata ianya memberi kesan yang baik kepada proses diet saya. Kini, dengan pelancaran produk baru, adakah ianya memberikan keputusan yang sama?

Diet bermula! 81.7KG.

New Image Shape Up


Tamat Diet Tanpa Produk

Ok, nak maklumkan, diet tanpa produk telah dihentikan pada hari Ahad 25hb 5 2014.

Hasilnya, berat yang diperolehi adalah 81.7KG.

Hmmm.. kurang puas hati. 3 minggu diet dengan penurunan sekitar 2KG sahaja.

Now, diet kembali dengan produk.

Thursday 22 May 2014

Diet Akan Tamat Hari Kedua Puluh

PENGUMUMAN

InsyaAllah.

Diet yang mengambil teras Diet Atkin dengan diubahsuai ikut selera sendiri ini akan ditamatkan pada hari kedua puluh iaitu pada Ahad ini 25hb 5 2014.

Pada pagi hari Ahad, 25hb Mei 2014, saya akan timbang berat badan saya.

Hari Kelapan Belas

Salam.

Sarapan:
- Roti Canai sekeping
- Nasi lemak sebungkus
- Kari kambing satu pinggan kecil

Tengahari:
- Rojak (Tempe, Tauhu, Kuih bom, timun, kuah kacang)

Minum petang:
- Kuih apam kacang merah. Dalam 10 biji juga kot makan.

Makan malam:
- Tak makan sangat
- Dua tiga hiris ayam goreng kunyit
- Sesuap dua sayur kailan ikan masin

Hari Ketujuh Belas

Salam

Lupa lagi nak update malam tadi.

Sarapan: 7.30am
- Roti bakar jem strawberry 3 keping.

9.00am:
-Perlawanan futsal
- Rasa nak pitam
- Pegi kedai mamak order maggi goreng + fresh orange (suam).

10.00-1.00:
- Perlawanan futsal

1.30pm:
- Makan mee goreng satu pinggan

Petang: 6.00pm.
- Pegi pasar malam
- Makan kebab daging
- Keropok lekor
- Kuih tepung pelita 3 biji
- Sukun goreng 2 potong

Malam tak makan

Tuesday 20 May 2014

Hari Keenam Belas

Salam.

Hari ni ada sukan lagi.

Sarapan pagi 9.30 pagi:
- Nasi Lemak
- Sambal Telur goreng

Makan tengahari 2.00pm.
- Rojak mamak

3.30pm: Perlawanan badminton akhir.
Keputusan: JUARA!

6.00pm:
- Main futsal

Malam:
- Makan kacang jer.

Hari Kelima Belas

Salam.

Untuk hari ke lima belas.

Hari ni ada karnival sukan. So, rutin sepanjang hari isnin ni adalah:

Sarapan: 8.30am.
- Telur rebus 2 biji

Bersukan. 9.00am-1.00pm.
- Main badminton (2set)

Makan Tengahari 1.30pm.
- Nasi putih 3 sudu
- Ayam masak lemak cili api
- sayur campur

Petang: 3.00pm
- Semi final badminton. (main satu set)
- Dapat pegi final. Final esok

Petang 6.00pm
- Main futsal

Malam
- Makan sikit ayam goreng kunyit.
- Nugget ayam dalam 4 ketul
- Telur dadat secebis

Sunday 18 May 2014

Hari Keempat Belas

Salam.

Lupa nak update malam tadi.
Balik dari kampung, sampai rumah terus tido.

Ok, bila dah namanya kat kampung, memang diet habis lah..

Sarapan pagi 10am:
- Nasi putih sepinggan
- Asam pedas ikan tenggiri
- Ayam goreng beberapa cuil.

Makan pagi: 11.30am:
- Putu Bambu dalam 10 biji. Banyak!
- Cendol (pehh)

Tengahari tak makan.

Petang 5pm
- Makan lagi putu bambu
- Air oren beberapa hirup
- Buah lai sebiji

Malam tak makan.

Pukul 10 gerak balik ke Merlimau.

Saturday 17 May 2014

Hari Ketiga Belas

Salam.
Hari ni diet mmg totally out.
Memang hari ni off diet.

Sarapan pagi: 8 pg
- Karipap 3 biji
- Nasi lemak sepinggan.

Jam 10 pg:
- Mkn lg sepinggan nasi lemsk.

Jam 11 pergi ke majlis walimah saudara di segamat.

Makan macam2 di tempat walimah.
- Nasi putih dua sudu
- Daging lembu masak kurma dalam 5 ketul.
- Ayam masak kicap. Lingkungan 3 ketul.
- Sayur campur.

Kemudian lepak2 sambil mengunyah:
- Lepat ubi sebiji
- Kuih deram. Dalam 10 biji. Banyak!
- kek coklat beberapa hiris
- Epal merah 2 hiris.
- Buah oren sehiris
- Kerepek pisang dlm 3 keping
- Sayur cendawan pengantin

Balik rumah dlm jam 5.30 pm
- makan kek pengantin
- kuih apam
- maruku
- makan nasi baryani sepinggan kecil

Malam. Jam 9.15 pm
- makan daging lembu masak kurma dalam 5 ketul.

Tengah malam 12am.
- mkn kek coklat secubit.
- coklat kitkat 3 ruas.

Kesimpulan.
- memang hancur diet hari ni.

Friday 16 May 2014

Hari Kedua Belas

Salam.

Sarapan pagi:
- Bubur Nasi
- Ayam goreng seketul.

Tengahari: 12.30pm
- Nasi dua sudu
- Ayam goreng seketul
- Sambal tempe
- Tak minum air.

Minum Petang 4.30pm:
- Pau goreng sambal 3 biji
- Kuih apam hijau 3 biji
- Pisang goreng satu.
- Air mineral sebotol kecil

Makan Malam 9.00pm
- Beberapa cubit ikan bawal goreng.

Thursday 15 May 2014

Hari Kesebelas

Salam.

Sarapan pagi: 9.15am
- Lontong
- Air Suam
- Beli Air Mineral 1.5 liter.

Makan Tengahari: 1.15pm
- Ayam Spicy KFC 3 ketul. (Tak makan kulit / tepung).
- Roti bun KFC
- Cosslow KFC
- Tak minum air.
- Balik office baru minum air mineral yang beli tadi.

Petang: 5.30-7.00pm.
- Main futsal

Lepas Maghrib:
- Pegi Muar beli barang-barang.
- Makan buah betik sepotong setengah.

Makan Malam 9.30pm.
- Mengendeng wife dan anak2 punya makanan aje.
- Sup ayam. Dalam satu-dua sudu.
- Telur dadar dalam 2-3 sudu.
- Otak-otak dalam 4 keping.


Wednesday 14 May 2014

Hari Kesepuluh

Salam

Sarapan pagi:
- Nugget ayam 3 ketul
- Air kosong
- Air Limau Suam

Makan Tengahari 2pm:
- Nasi putih dua suap
- Daging lembu masak rendang
- Sayur campur
- Air suam

Petang 5.45pm:
- Main futsal

Makan Malam 9pm:
- Chicken Chop
- Kentang dalam 3-4 hiris.
- Telur dadar + kuah sup

Tuesday 13 May 2014

Hari Kesembilan

Salam.

Hari ni selasa, Cuti sempena hari wesak.

Bila cuti, nak control diet pun susah.

Sarapan pagi:
- Wife masak mee goreng. Bedal aje 2 pinggan. Wow!!

Minum pagi (11am):
- Oat Choco 1, Oat N Wealth 1. ONW macam lebih sedap. OC agak terlebih manis. 

Makan Tengahari:
- Makan mee goreng pagi tadi punya.

Minum petang (5pm):
- Rojak mamak
- Cendawan goreng
- Putu bambu (4 biji)

Makan malam (9.30pm)
- Goreng tempe sebiji, makan dengan kuah rojak petang tadi.

Monday 12 May 2014

Hari Kelapan

Salam

Hari ini hari Isnin.

Sarapan pagi (9am):
- Bubur nasi
- Ayam goreng seketul

Makan Tengahari (12pm):
- Dua sudu nasi
- Ikan kembung 2 ekor masak asam pedas
- sayur kobis masak lemak
- ikan kering
- tembikai sepotong

Minum Petang + Makan Malam (5pm)
- Rojak Mamak
- Air Mineral

Makan Petang Lagi Ringan2. (6.30pm)
- Putu bambu 4 ketul

Malam lepas isyak main badminton.
- Dapat 4 set. Jadilahh.

Sunday 11 May 2014

Hari Ketujuh

Salam.

Hari ketujuh, hari Ahad, bermalas-malasan.

Keluar sarapan jam 11 pagi. Perut rasa lapar sangat. Order mee goreng. Tapi makan separuh je. Lagi separuh wife habiskan. Then amik sesuap dua sayur pucuk paku dan ayam goreng.

Lepas tu pergi berjalan2 ke MYDIN Mitc. Beli chicken pop corn dan anggap tu makan tengahari. Makan dalam kereta je. Minum air teh bunga satu tin dan air mineral.

Lepas Mydin Mitc, pergi jalan2 ke Taman Buaya.

Balik. Singgah pasar malam beli ayam percik dan buah betik sepotong. Dalam perjalanan balik, makan buah betik sepotong.

Sampai rumah jam 6.30 ptg. Makan ayam percik. Kira ni makan malam lah.

Perut rasa lapar, tahankan aje.

Agak boring malam ni, layan PS2 PES dan main intenet.

Saturday 10 May 2014

Hari Keenam

Salam.

Hari ni kena jaga anak. Wife keje. Sekolah ganti.

Sarapan ayam bakar.

Tengahari tak mkn. Sebab malas nk kluar.
Wife balik bawa Oat And Wheats. Bedal sampai berbungkus bungkus. 10 bungkus kot.

Petang lepas asar keluar cari makanan. Makan kfc ayam 2 ketul dan juga beli rojak mamak.

Ada juga minum air teh bunga kotak kecik.

Balik rumah mkn rojak. Yg cekodok tepung tu pun bedal jgk sbb dh lapar sgt. Ngendeng ayam kfc budak2 yg beli bungkus.

Layan Pahang vs Selangor.
Lepas tu suapkan nasi budak2.

Tido time.

Friday 9 May 2014

Hari Kelima

Salam.

Sarapan lambat jam 10.30. Satay ayam + daging. 19 batang.

Tengahari jam 12.15pm makan lg satay dalam 7 batang.

Lepas solat jumaat, wife bakarkan ayam. Dalam jam 2.45pm mkn ayam bakar 2 ketul.

Jam 5.30 main badminton. Rasa kurang bertenaga. Tak mkn nasi kot.... Sampai jam 7pm.

Balik rumah dalam jam 7.30 bedal lg seketul ayam bakar.

Malam, jam 9.30 makan chicken chop. Kentangnya tak makan.

11 pm tido.

Thursday 8 May 2014

Hari Keempat

Salam.

Okey untuk hari keempat:

Sarapan pagi:
- Bubur nasi + ayam goreng.

Makan Tengahari:
- Ayam KFC Spicy 2 ketul. Buang tepung dan kulit.
- Coslow KFC

Petang dalam jam 4.30, pegi ngeteh dengan member.
- Order rojak tauhu + telur rebus.

Balik kerja:
Jogging daripada rumah sampai Politeknik Merlimau. Jaraknya lebih kurang 1km.

Malam:
Makan dalam jam 9.00 malam.
- Ayam goreng 2 ketul dan sayur bendi.

Tidur awal.

Wednesday 7 May 2014

Hari Ketiga

Salam...

okey hari ketiga diet

Pagi-pagi sarapan Oat Choco 4 bungkus kecil. Air mineral.

Jam 9.00 pagi ada mesyuarat. Ada jamuan tapi tak boleh makan dulu. Kena makan di pertengahan mesyuarat nanti.

Dalam jam 11 pagi, meeting stop untuk sesi makan. Menunya adalah Nasi Ambeng, kuih donat, kuih pulut hijau putih dan buah honey dew. Aduhhhh menu yang mencabar nafsu.

So, ambil sebungkus nasi ambeng, makan lauknya aje. Lauknya adalah ayam masak kicap, sayur so'on + tahu kering, ikan kering (gesek) dan mee kuning goreng. Nasinya tak makan. Kuih apatah lagi.. telan air liur aje.

Habis meeting dalam jam 12.45pm. Ambil sebungkus lagi nasi ambeng dan makan macam tadi, lauknya aje. Lepas tu balik rumah bedal Oat Choco dalam 2-3 bungkus.

Balik kerja, singgah pasar malam. Beli makanan untuk orang2 kat rumah. Makan dalam jam 7pm. Makan kebab pita ayam. Time budak2 makan, ambil sikit ayam diorang dan juga secebis daging dari nasi kerabu.

Malam, makan Oat Choco 2 bungkus. Banyak nau makan oat choco.

Tu je untuk hari ni.

Tuesday 6 May 2014

Hari Kedua

Salam.
Hari ni hari kedua.

Pagi tadi mengunyah oat choco dlm 7 bungkus. Then makan bihun sup.

Tengahari makan oat choco. Try masak sosej guna oven tapi mcm tak menjadi. Just cicip sikit2 mcm masih belum masak.

Kat opis beli air mineral besar. Patutnya kena abiskan. Tapi hingga jam 5.30 ptg tadi airnya tak habis.

Balik rumah, baring dan tertidur.

Lepas maghrib belikan lauk. Beli sup ayam, kangkung ikan masin dan telur dadar. Cicip sikit sup ayam dan kangkung.

Layan bola sepak klntn vs felda.

Time to sleep.

Monday 5 May 2014

Hari Pertama

Salam

Ok, alhamdulillah hari pertama diet ikut kepala sendiri.
Perkongsian sepanjang hari ini.

Sarapan pagi di tempat kursus, sebiji roti cheese dan separuh pinggan mee goreng. Sedap mee gorengnya. Niat mahu tambah, tapi harus sekat nafsu makan itu.

Tengahari makan sup daging dan air suam. Member belanja. Memang sedap bila makan juadah yang orang belanja ni. hihi...

Petang, beli choco oat dan makan lebih kurang lima bungkus kecil. Kandungan karbohidrat untuk 100kg oat choco adalah 58.4kg. Manakala jumlah karbohidrat dalam bungkus kecil oat choco adalah 5.84g. (10g).

Jam 6 petang main badminton. Memang penat.

Malam just makan oat choco 2-3 bungkus kecil dan banyakkan minum air.

Begitulah hari pertama.

Kita tunggu sebulan selepas ini iaitu pada 5hb 6 2014, akan adakah perubahan? Atau tiada perubahan? Atau berat badan makin naik?

Oyeahh!!

Sunday 4 May 2014

Diet semula

Bismillah.
Hari ini 5hb Mei 2014.

Saya mengumumkan bahawa saya akan mulakan program diet saya bermula hari ini.

Pagi tadi saya timbang berat badan. Dengan berkain pelikat dan baju tshirt. 84.1kg.

Wow! Saya pun terkejut. Sebelum ni berat paling berat pun adalah 83kg. Manakan tidak  semalam saya makan mmg tak hengat punya.

Semalam, tghari makan nasi lauk ayam kari dan sayur. Then jam 4.30 ptg makan kuih 4 biji. Jam 6.30 petang makan burger double cheese mcd dan fries. Jam 7.30 makan ayam goreng kfc dan nasi. Lepas tu mkn buah mangga.

Dan sebelum tidur, makan nasi kfc jam 12.30 malam. Mmg gila!

So, mula diet hari ini. Tapi hari ni ada kursus. Sarapan yg disediakan aduhhhh... Roti cheese dan mi goreng. Terpaksa makan.

Tapi takpe. Diet akan diteruskan. Optimis!