Salam...
okey hari ketiga diet
Pagi-pagi sarapan Oat Choco 4 bungkus kecil. Air mineral.
Jam 9.00 pagi ada mesyuarat. Ada jamuan tapi tak boleh makan dulu. Kena makan di pertengahan mesyuarat nanti.
Dalam jam 11 pagi, meeting stop untuk sesi makan. Menunya adalah Nasi Ambeng, kuih donat, kuih pulut hijau putih dan buah honey dew. Aduhhhh menu yang mencabar nafsu.
So, ambil sebungkus nasi ambeng, makan lauknya aje. Lauknya adalah ayam masak kicap, sayur so'on + tahu kering, ikan kering (gesek) dan mee kuning goreng. Nasinya tak makan. Kuih apatah lagi.. telan air liur aje.
Habis meeting dalam jam 12.45pm. Ambil sebungkus lagi nasi ambeng dan makan macam tadi, lauknya aje. Lepas tu balik rumah bedal Oat Choco dalam 2-3 bungkus.
Balik kerja, singgah pasar malam. Beli makanan untuk orang2 kat rumah. Makan dalam jam 7pm. Makan kebab pita ayam. Time budak2 makan, ambil sikit ayam diorang dan juga secebis daging dari nasi kerabu.
Malam, makan Oat Choco 2 bungkus. Banyak nau makan oat choco.
Tu je untuk hari ni.
No comments:
Post a Comment