Pages

Monday, 5 May 2014

Hari Pertama

Salam

Ok, alhamdulillah hari pertama diet ikut kepala sendiri.
Perkongsian sepanjang hari ini.

Sarapan pagi di tempat kursus, sebiji roti cheese dan separuh pinggan mee goreng. Sedap mee gorengnya. Niat mahu tambah, tapi harus sekat nafsu makan itu.

Tengahari makan sup daging dan air suam. Member belanja. Memang sedap bila makan juadah yang orang belanja ni. hihi...

Petang, beli choco oat dan makan lebih kurang lima bungkus kecil. Kandungan karbohidrat untuk 100kg oat choco adalah 58.4kg. Manakala jumlah karbohidrat dalam bungkus kecil oat choco adalah 5.84g. (10g).

Jam 6 petang main badminton. Memang penat.

Malam just makan oat choco 2-3 bungkus kecil dan banyakkan minum air.

Begitulah hari pertama.

Kita tunggu sebulan selepas ini iaitu pada 5hb 6 2014, akan adakah perubahan? Atau tiada perubahan? Atau berat badan makin naik?

Oyeahh!!

No comments:

Post a Comment