Pages

Wednesday, 15 August 2012

Tak Sedar Diri

'Dah berapa bulan perut tu'? sapa seorang rakan kerja.

'Dah nak bersalin dah ni.....!' jawapan daripada seorang yang tak sedar diri seperti saya.

Begitulah lumrah. Sudahlah gemuk, perut buncit pula. Tak sedar diri ke? Tak sedar ke badan tu mengundang hilai tawa dan senyum sinis kepada yang memandangnya?

'Ah, biarlah orang lain nak kata. Bukan menyusahkan hidup diorang pun'.

Alasan biasa untuk mengelakkan diri daripada rasa bersalah. Yalah, mahu rasa bersalah kenapa pula. Sendiri punya badan sendiri punya urusan lah kan.

Inilah akibat orang yang tak sedar diri. Rasa diri sendiri betul, rasa badan gemuk itu selesa, rasa berat badan berlebihan itu satu lambang lelaki sejati, akhirnya nanti akan merana juga. Sedangkan ianya secara perlahan-lahan meresapi segenap ruang badan kita, mencari-cari tempat yang sesuai bagi membuat serang hendap.

Kesedaran tiba jua. Apabila memikirkan ejekan orang. Apabila memikirkan diri yang semakin tak hensem bersama masyarakat. Bila memikirkan masalah kesihatan yang sering kunjung tiba. Dan nyaris-nyaris berdaftar dengan Persatuan Darah Tinggi, sesuatu harus dilakukan!

Seketika memandang anak-anak yang masih kecil...... mereka memerlukanku...

No comments:

Post a Comment