"betul ke aku boleh turun berat badan ni?" bisikan hati tercetus.
"ala Safa, tak payah la ko nak berdiet bagai, buat menyeksa badan je", terngiang-ngiang saranan rakan bila saya menyatakan ingin berdiet.
"jangan kufur nikmat... makan lah nasi tu.. kan rezeki tu", sahabat sekerja menyapa ketika mengambil makanan di kedai.
Dalam keadaan diri sendiri tidak cukup kuat untuk memulakan diet, pengaruh sekeliling juga seperti tidak memberi semangat untuk saya meneruskan misi berdiet. Selama ini tidak pernah sama sekali berdiet, tiba-tiba menyatakan hasrat mahu berdiet, ianya bukan sahaja kelakar pada orang lain malah mengundang hilai tawa dan senyuman yang sinis. Senyuman kambing yang agak menggeramkan hati.
Boleh dikatakan hampir tiada faktor semangat luaran yang membantu misi diet ini. Kebanyakan yang hadir adalah pengaruh negatif yang melemahkan lagi semangat saya untuk memberhentikan proses diet.
Berbekalkan semangat yang ada pada diri sendiri, saya teruskan jua proses diet. Dan dalam masa 2 minggu saya dapat menurunkan berat badan sebanyak 9kg dan itu merupakan satu angka yang sangat menyeronokkan. Walaupun untuk melaluinya terpaksa menempuh jalan sukar, tetapi hasilnya sangat memuaskan hati.
No comments:
Post a Comment