Hari ini 19hb Februari 2025, bermakna sudah 19 hari saya berdiet. Alhamdulillah setakat ini berjalan lancar. Kadangkala timbang berat badan, ada proses. Ahad lalu saya timbang, angka sudah menunjukkan 98.8KG. Oklah tu berbanding sebelum diet 102KG lebih.
Minggu lepas saya ada cuti sakit 2 hari disebabkan cirit birit yan agak teruk. Punca pada waktu itu makan tengahari rojak petis. Ketika makan, dah rasa dah pedas nya lain macam. Tapi tetap habiskan rojak petis tu. Hasilnya terus perut bergelora dan pushhhh. Hari rabu kena, malamnya dah demam. So Rabu Khamis MC.
Bermula semalam saya dah mula joging kat depan rumah. Plan nak beli treadmill tapi risau membazir je nanti lama-lama bosan. So guna je track taman depan rumah ni untuk berjoging dan brisk walk.
Kurang lebih 10 hari je lagi nak mula puasa. Ini mengingatkan saya sewaktu saya berdiet tahun 2012 dahulu kerana saya memulakan diet 2 minggu sebelum Ramadan. Kini selepas 13 tahun, saya mulakan kembali.
Waktu itu selepas setahun berdiet, berat saya capai angka 76kg. Adakah kali ini saya mampu ulang? Saya tak fikir pun. Target saya kali ini nak bawah 90KG je dah cukup. Maklumlah faktor usia. Kini dah lebih 40 tahun. Jika dulu 20 an atau awal 30.
Waktu itu masih muda, tenaga pun masih banyak, penyakit tak berapa nak ada. Kini semuanya berubah. Inilah rencah kehidupan.