Pages

Saturday, 29 March 2025

Hari ke 28 Ramadan

 


Hari ini Sabtu 28 Ramadan 1446 bersamaan 29 Mac 2025. Baru tiba di kampung Taman University Parit Raja.

Timbang kejap berat badan. Jumlah 92.7kg. Alhamdulillah ada penurunan berbanding minggu lepas. Walaupun makan kurang jaga. 

Raya bakal menjengah hari Isnin ini. Esok ada satu hari lagi puasa. 

Minggu depan berat badan dijangka naik disebabkan raya. Makan banyak. Tapi tetap mengharap dapat mantain tak lebih 94kg pun dah OK. 

Lepas raya nak mula exercise atau workout apa apa yang patut. 

Berat hari ini yang berjaya mencecah angka 92kg memberi makna saya telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa 2 bulan. Alhamdulillah. 


Sunday, 23 March 2025

Hari ke 22 Ramadan

 


Hari ini, Ahad 22 Ramadan bersamaan 23 Mac 2025. Hari ke 51 saya berdiet bermula 1 Februari yang lalu.

Hari ini berat 93.7kg. Tak banyak turun berbanding minggu lalu. Minggu depan saya jangka angka ini juga akan statik. 

Hujung Ramadan, makanan yang dimakan dah mula macam-macam. Kuantiti pula agak banyak. 

Minggu depan target kekal pada 93-94kg dah OK. Bakal menyambut raya dan cabaran makanan pastinya ada. 

Good Luck kepada diri sendiri. Lepas raya dah kena exercise lebih sikit.

Sunday, 16 March 2025

Hari ke 15 Ramadan

 


Hari ini Ahad, 16 Mac 2025 bersamaan 15 Ramadan. 

Macam biasa timbang berat badan lazimnya seminggu sekali masa balik kampung. Sebab penimbang ada kat rumah kampung.

Hari ini berat 94.7kg. Ok la. Biar slow tapi ada progress. 

Dah 2 hari ni pun makan kurang jaga. Jumaat berbuka spaghetti carbonara dan pizza. Sahur sabtu pun spaghetti juga. Berbuka sabtu nasi baryani dan ayam golek. Juga hidangan iringan seperti pisang goreng dan kerepek.

Next week dapat 93.++kg pun dah OK. Dah separuh ramadan. Tak lama lagi raya. Ujian makanan semestinya. 


Sunday, 9 March 2025

Hari ke 8 Ramadan

 




Hari ini hari Ahad 9 Mac 2025. Semalam saya timbang berat badan saya. Angka menunjukkan 95.3 kg.

Saya agak terkejut sebab drastik juga penurunan. Sebab seminggu sebelum tu berat masih sekitar 97-98kg.

Dan utk bulan ramadan ni saya target dapat 95kg pun ok la.

Ni baru seminggu puasa dah dapat 95.3kg, not bad. Memang penangan puasa ni beri kesan besar juga di dalam diet.

Saya makan nasi masa sahur dan berbuka tapi kuantiti yang sedikit sahaja. Banyak makan lauk.

Kita tengok pula minggu depan macam mana.

Tuesday, 4 March 2025

Hari Ini 4 Ramadan

 


Hari ini 4 ramadan. Ahad lepas semasa mula puasa, inilah berat badan saya. Target untuk Ramadan ni nak dapatkan 95kg. Semoga berjaya.