Pages

Tuesday, 28 August 2012

Bermulalah Diet

Bersama sahabat saya Saiful. Gambar sekadar hiasan.
Mengapa saya mesti turunkan berat badan? Ok je sebelum ni kan? Bukannya gemuk sangat pun.

Orang yang terlebih berat badan akan berasa beratnya ok selagi mana dia tak sedar diri, tak sayang kat diri sendiri, tak sayang pada ahli keluarga, rasa tak bersalah dengan berat badan yang sentiasa bertambah setiap masa.

Dalam keadaan sudah ada bibit-bibit penyakit yang menghampiri. Dengan bentuk tubuh yang semakin memboyot dan sering diperli orang, perkara itu seharusnya menjadikan seseorang yang terlebih berat badan berasa bersalah kerana memiliki tubuh badan yang begitu.

Sudah lama saya berazam mahu menguruskan badan. Tetapi hanya sekadar azam. Tiada tindakan. Ramai sebenarnya orang yang pendirian seperti saya. 'saya azam mahu mula turun berat badan esok, lusa, bulan depan'. Tetapi entah bila mahu tertunai azam yang sering dibuat.

Alhamdulillah azam yang sekian lama bertangguh itu dijelmakan dengan bersungguh-sungguh sekitar awal bulan Julai yang lalu. 'aku mesti turunkan berat badan!'. Sebab apa? Sebab saya harus hidup dengan sihat dan meminimakan risiko penyakit yang bila-bila masa boleh bertandang. Bacaan darah saya kerap tinggi. Sentiasa di bacaan 'atas pagar'. Ini sesuatu yang juga menjadi sebab untuk saya melakukan sesuatu tindakan.

Jujur, saya mula sedar untuk turunkan berat badan bila terpandang promosi produk Alpha Lipid SDII. Melihat testimoni pengguna, bertanya kenalan-kenalan, juga doktor-doktor, akhirnya saya mengambil keputusan untuk membeli Alpha Lipid SDII. Namun apabila mengetahui syarat pengambilan produk ini harus disertakan dengan diet, saya agar berasa sedikit lemah. 'Bagaimana mahu berhadapan dengan kehidupan tanpa nasi?'. Lama yang berfikir perkara ini.

Atas dasar semangat dan penetapan di minda untuk kurus, dan kebetulan waktu itu Alpha Lipid SDII seolah-olah tampil menunjukkan dirinya, saya kata pada diri saya 'cubalah dulu'.

Lalu saya membeli Alpha Lipid SDII buat pertama kalinya pada pertengahan bulan 7 yang lalu. Dan saya mula berdiet bersama Alpha Lipid SDII ini secara rasmi pada 21hb Julai 2012. Saya akan ceritakan perjalanan diet ini di episod seterusnya.

(Klik gambar hiasan di atas untuk paparan lebih jelas.)

Sunday, 26 August 2012

Boleh pula tanpa Alpha Lipid SDII?

'Boleh plak turun berat badan ko tanpa Alpha Lipid SDII?'

'Siapa kata?'

'Ko yang kata kat post sebelum ni tu?'

'Yang ni ke KLIK SINI UNTUK BAB05'

'Ya lah!!!'

Ok, kalau rujuk post yang itu, cuba teliti betul-betul apa maklumat yang nak disampaikan. Fahami dan selami isi hati saya (ohh).

Dalam masa seminggu saya tidak ambil Alpha Lipid SDII, ditambah juga dengan pemakanan yang tidak mengikut disiplin diet, ianya merupakan satu bukti bahawa: Bila dah dapat berat badan ideal, tak payah minum Alpha Lipid SDII pun berat badan still mentain, tidak naik!

Tak faham lagi? Ok. Saya simpulkan, seminggu itu sebagai minggu ujian untuk melihat adakah berat badan akan naik apabila tidak lagi berdiet dan tidak lagi beralpha lipid sdII. (tukar misi nampak?? hehe). Keputusan yang saya perolehi membuktikan bahawa berat badan masih ideal! Jadi, tidak timbul isu 'alah, bila ko berenti minum Alpha Lipid SDII, naik balik la badan ko'.

Tentu ramai yang dengar orang yang cakap macam tu kat kita kan? Kita? hehe.. Ya la.. kita la yang bercita-cita tinggi nak turunkan berat badan ni. Ada aje ayat-ayat menjatuhkan moral kita, menjatuhkan semangat kita. Takpe, lantak la mulut orang apa nak kata. Pedulikan. Diikutkan kata orang, sampai bila-bila kita tak jadi diri sendiri. Pedulikan!

Saya masih minum Alpha Lipid SDII. Kerana saya masih lagi menuju berat badan idaman. Huhu. Anda bagaimana. Takpe, anda adalah apa yang anda fikirkan! Alpha Lipid SDII membantu anda menurunkan berat badan dengan efektif dan berkesan!

Ops, lupa nak cakap, gambar hiasan itu adalah sehari sebelum menyambut Syawal 1433. Gambar hiasan jee.. Takde apa-apa istimewanya pun gambar tu.. heee.

Seminggu Raya Tanpa Diet Dan Alpha Lipid SDII

Saya terlupa nak membawa pulang Alpha Lipid SDII ketika mahu bercuti hari raya yang lalu. Semasa dalam perjalanan, baru teringat yang tin Alpha Lipid SDII itu saya tidak masukkan ke dalam kereta. Agak menggeramkan hati...

Disebabkan sudah terlupa membawa Alpha Lipid SDII, saya mengubah perancangan diet iaitu hanya berdiet tanpa disertakan Alpha Lipid SDII. Saya program di minda saya mengatakan, 'aku telah mendapat berat badan yang ideal, maka aku dah tak perlukan Alpha Lipid SDII'.

Di awal-awal percutian, saya dapat menahan diri daripada makan makanan yang dilarang. Di pagi 1 syawal, saya masih lagi dapat menahan diri daripada menjamah ketupat melainkan hanya sedikit dan ditambah dengan beberapa ketul ayam goreng dan sayuran yang ada dalam sayur masak lodeh masakan mak saya. Kadang-kadang saya mencuri makan kuih raya yang sememangnya dilarang dalam disiplin diet. 'alah, sebiji dua je, tak mengapalah...'. Minda saya masih diprogramkan 'aku telah mendapat berat badan ideal!'.

Masuk hari raya kedua, habis semua disiplin diet. Sehingga lah genap seminggu (hari ini). Semua makanan yang ada di depan mata saya makan. Dengan enaknya! Macam-macam kuih raya saya makan. Banyak yang manis-manis. Nasi berlaukkan asam pedas, mi goreng, mi sup, bihun sup, nasi lemak, roti canai, murtabak dan macam-macam! Saya menjadi takut untuk nak timbang berat badan dalam tempoh tersebut.

Semalam, (Sabtu), saya menghantar anak ke klinik, di bilik doktor itu ada alat penimbang. Untuk rekod, berat badan sebelum saya bercuti adalah 85kg. Melihat jarum penimbang menunjukkan angka seperti di gambar itu, saya keluar dari klinik dengan tersenyum..

Thursday, 16 August 2012

Seluar yang sudah membesar?


Seluar di atas adalah seluar yang sama. Tetapi gambar yang sebelah kiri itu, saya tidak mengancing seluar. Hanya mengharap ikatan dari tali pinggang untuk melindungi kancing seluar yang tidak dapat disambungkan. Kalau ada yang tahu, memang kena kutuk habis-habisan!

Itu sebab semasa di tempat kerja, saya sering menyembunyikan kebuncitan dan ketidakmuatan seluar itu dengan memakai jaket. Tapi sejauh mana penipuan ini berjaya mengubah persepsi orang lain kepada saya? Adalah satu perkara yang kelakar bila mengharap orang lain juga menipu saya dengan berkata 'ko nampak kuruslah...' dengan berpakaian begitu.

Gambar di sebelah kanan itu dengan rasa sukacita mahu memberitahu, 'eh, dah boleh kancing lah seluar ni'. Mungkin seluar ini membesar atau kembang sendiri...

Wednesday, 15 August 2012

Tak Sedar Diri

'Dah berapa bulan perut tu'? sapa seorang rakan kerja.

'Dah nak bersalin dah ni.....!' jawapan daripada seorang yang tak sedar diri seperti saya.

Begitulah lumrah. Sudahlah gemuk, perut buncit pula. Tak sedar diri ke? Tak sedar ke badan tu mengundang hilai tawa dan senyum sinis kepada yang memandangnya?

'Ah, biarlah orang lain nak kata. Bukan menyusahkan hidup diorang pun'.

Alasan biasa untuk mengelakkan diri daripada rasa bersalah. Yalah, mahu rasa bersalah kenapa pula. Sendiri punya badan sendiri punya urusan lah kan.

Inilah akibat orang yang tak sedar diri. Rasa diri sendiri betul, rasa badan gemuk itu selesa, rasa berat badan berlebihan itu satu lambang lelaki sejati, akhirnya nanti akan merana juga. Sedangkan ianya secara perlahan-lahan meresapi segenap ruang badan kita, mencari-cari tempat yang sesuai bagi membuat serang hendap.

Kesedaran tiba jua. Apabila memikirkan ejekan orang. Apabila memikirkan diri yang semakin tak hensem bersama masyarakat. Bila memikirkan masalah kesihatan yang sering kunjung tiba. Dan nyaris-nyaris berdaftar dengan Persatuan Darah Tinggi, sesuatu harus dilakukan!

Seketika memandang anak-anak yang masih kecil...... mereka memerlukanku...

Tuesday, 14 August 2012

Perjalanan Berat Badan


Menurunkan berat badan tidak semudah yang disangkakan. Sebelum ini saya rasa selesa dengan berat badan saya. Sebelum berkahwin, berat badan saya sudah mula memasuki fasa 80kg. Walaupun angka itu agak menggerunkan, tetapi saya tidak kisah dan saya anggap ianya normal mengikut peredaran masa dan usia saya. Saya masih ingat, selepas saya menamatkan pembelajaran, berat saya ketika itu sekitar 68kg.

Saban hari saya tidak ambil kisah perihal berat badan. Biarlah naikpun. Bukan ada masalah pun. Biarlah gemuk asalkan sihat. Biarlah makan banyak sementara masih sihat. Saya mewujudkan teori sendiri untuk berasakan saya semakin selesa dan terus selesa dengan kehidupan setiap hari.

Angka tertinggi berat badan yang saya pernah capai adalah 96kg. Itu yang pernah tertimbang. Mungkin ada ketika berat saya melebihi angka itu tetapi tidak direkodkan kerana tidak sempat menimbang berat badan. Angka itu memang menggerunkan. Tetapi saya seperti tak rasa apa-apa. Sedangkan sudah ada bibit-bibit penyakit yang sedang mengetuk pintu.....

Salam Diet Untuk Semua


Bismillah. Assalamualaikum wbt. Selamat Datang saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini. Secara rasmi blog ini saya daftarkan pada hari Selasa, 15hb Ogos 2012 bersamaan 26 Ramadan 1433.

Dengan niat utama mahu berkongsi pengalaman bersama kalian semua, blog ini saya khususnya untuk berkongsi maklumat, cerita, pengalaman dan sebagainya berkaitan cara hidup sihat khususnya melalui program penurunan berat badan.

Saya telah melalui proses penurunan berat badan pada awal Ramadan yang lepas. Di dalam blog ini saya akan cerita sedikit sebanyak pengalaman saya yang tak seberapa bersama anda semua. Walaupun, penurunan tidaklah banyak sangat, sekitar 10kg sahaja dalam masa sebulan, tetapi ianya merupakan satu perkara yang saya sangat seronok untuk berkongsi bersama kalian semua. Insyallah teruskan minat anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan pemakanan, kesihatan, diet dan penurunan berat badan.