Pages

Sunday, 30 September 2012

Jatuh Sakit!

Ujian Ramadan. Satu peristiwa yang takkan dilupakan semasa menjalani proses diet ini adalah apabila saya jatuh sakit hingga tak boleh bangun. (boleh bangun tapi sakit sangat). Memang sepanjang hari terbaring sahaja lah.

Peristiwa ini berlaku apabila masuk minggu kedua saya mengamalkan diet karbohidrat bersama Alpha Lipid SDII. Ianya juga kebetulan sama dengan 1 Ramadan 1433 yang lalu. Satu pengalaman yang memang sangat memberi pengajaran.

Semasa saya berhadapan dengan penyakit itu, saya berfikir apa sebenarnya yang sedang berlaku?
1. Adakah kerana aku berdiet?
2. Adakah kerana aku minum Alpha Lipid SD2
3. Adakah kerana ujian memasuki bulan Ramadan
4. Adakah kerana memang time nak kena sakit.

Sebelum saya kena sakit itu, isteri saya terlebih dahulu demam. Jadi, saya membuat kesimpulan bahawa sakit yang saya alami ini adalah kerana jangkitan darinya. Saya MC selama 3 hari kalau tak silap saya ketika itu.

Saya tidak menyalahkan diet dan minum alpha lipid. Tidak ada sebab untuk saya menyalahkan amalan diet dan produk ini.

Selepas beberapa ketika, saya berfikir berkemungkinan badan saya agak terkejut dengan perubahan rutin pemakanan saya. Ini boleh jadi juga. Sekian lama makan nasi dengan pelbagai juadah, tiba-tiba mahu berdiet, ada kemungkinan jatuh sakit adalah kerana itu.

Saya tidak mengalah, saya tetap teruskan amalan diet walaupun ketika itu jatuh sakit. Apabila penyakit sudah beransur sihat, rutin kehidupan kembali seperti biasa. Saya tetap berdiet ketika sakit dan selepas itu. Saya juga terus minum Alpha Lipid SD2 mengikut jadual.

Jadi, kepada sesiapa yang turut mengalami situasi yang sama seperti saya, boleh jadi ianya satu kesan sampingan akibat perubahan cara kehidupan dan pemakanan kita. Jangan mengalah dengan berhenti diet dan berhenti minum Alpha Lipid SdII. Teruskan saja!

Sunday, 23 September 2012

Menu Sarapan 1

Diet karbohidrat ini memang kena pantang sikit dalam hal pemakanan. Terutama bagi orang melayu yang dah sangat serasi dengan makanan yang tinggi karbohidrat, nak ubah cara makan memang satu pengorbanan yang besar. Saya letak sedikit gambar makanan yang saya ambil untuk sarapan.

Dua ketul nugget, seketul ayam dan sebiji telur mata kerbau

Dua ekor ikan sederhana besar beserta sambal bawang

Ayam goreng seketul dan telur goreng sebiji.

Monday, 17 September 2012

Ke Perlis

Gambar di hadapan homestay
Saya ke Perlis pada 3 hingga 6 September yang lalu. Mengiringi peserta nasyid untuk bertanding dalam Festival Nasyid Politeknik Malaysia yang berlansung di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Macam-macam ujian yang berlaku. Kemenangan masih lagi belum berpihak kepada kami. Tak mengapa lah, kalah menang adat pertandingan.

Lagu versi saya boleh didengari melalui link berikut: http://soundcloud.com/alongsafa/akidah-pengukuh-akhlak

Sunday, 9 September 2012

Roti Rendah Karbihidrat Gardenia Breakthru

Roti Gardenia Breakthru
Ini adalah roti yang boleh dimakan oleh orang-orang yang berdiet karbohidrat khususnya yang mengamalkan Alpha Lipid Sd2. Roti ini mengandungi karbohidrat yang rendah dan sesuai dimakan oleh sesiapa yang sedang berdiet.

Roti ini dijual dengan harga RM4.70. Mudah didapati di pasaraya dan 7 Eleven. Amalkan roti ini 2 keping setiap pagi sebagai sarapan pun sudah mencukupi. Untuk lebih menyelerakan, boleh dibuat sanwich bersama tuna ayam, tuna ikan ataupun sardin.

Maklumat lanjut perihal roti ini boleh layari web syarikat melalui link ini: http://www.gardenia.com.my/breakthru_dtl.html

Seminggu Selepas Diet

Setelah seminggu saya berdiet, perasaan teruja nak timbang berat badan memanglah teramat sangat. Sebelum itu, dari mula saya ambil produk dan memulakan diet ini, sepanjang seminggu awal itu memang saya ikut segala peraturan yang ditetapkan.

Di awal pagi, saya mulakan hari dengan minum Alpha Lipid SD2. Kemudian, pergi kerja. Bawa sekali tin dan shaker untuk minum di waktu tengahari nanti. Sarapan pula, biasanya saya makan roti yang rendah karbohidrat. Jenama roti ini Gardenia Breakthru macam tu la namanya lebih kurang. Nanti saya uploadkan gambarnya untuk post akan datang.

Kadang-kadang saya ke warung, pening juga nak order apa. Biasanya, saya ambil telur, nugget hotdog. Ada juga saya order Lontong, tetapi tanpa nasi impitnya. Hanya minta sayurnya sahaja. Pelik orang tengok, tapi tak mengapa. Saya ada misi!!

Tengaharinya pula, saya makan lauk sahaja. Sering juga makan sup daging (tanpa nasi). Mula-mula memang rasa janggal. Iyalah, makan semua yang lauk-lauk sahaja. Tapi lama-kelamaan ianya sudah menjadi kelaziman.

Saya juga berjoging dan bermain ping pong dan badminton. Dengan cara ini, fikir saya, penurunan berat badan akan menjadi lebih pantas.

Alhamdulillah, genap seminggu saya berdiet bersama Alpha Lipid SD2, saya pergi ke MYDIN di Melaka dan menimbang berat badan di sana. Adalah suatu perkara yang sangat menggembirakan apabila mesin penimbang itu memaperkan number 91.1KG!. Daripada berat asal 96kg.

Masuk minggu kedua, sudah bulan Ramadan. InsyaAllah episod akan datang: Ujian Ramadan.

Saturday, 1 September 2012

Diet: Satu Perubahan Dalam Rutin Kehidupan

Gambar di depan rumah family di kampung.
Selama ini, tidak pernah terfikir di minda saya untuk berdiet. Berdiet akan menyebabkan saya lapar. Bila lapar, sudah tentu itu satu perkara yang tidak menyeronokkan. Jadi, berdiet itu membuang masa, merugikan dan tidak berfaeda pada pandangan saya.

Sebelum ini, saya pernah membeli pil 'minyak' dengan niat untuk menguruskan badan. Lebih tepat, menurunkan berat badan. Pil ini saya beli 30 biji (sekotak) dengan harga RM50. Farmasi yang menjual pil ini mendakwa, pil ini akan membuang minyak-minyak dari pemakanan dan dari dalam tubuh kita. Kesan sampingannya, apabila membuang najis besar, ianya akan berminyak! Jadi, setiap kali mahu bersuci, terpaksa bawa sabun untuk membuang minyak. Leceh. Tidak nampak ada penurunan yang jelas hasil dari amalan produk pil ini. Usaha mahu menurunkan berat badan bersama pil ini terhenti di tengah jalan.

Bermula pada 21 Julai 2012, saya mula berdiet. Sebelum saya mulakan program diet ini, sememangnya hati berbelah bahagi. Bagaimana mungkin mahu meninggalkan nasi yang menjadi teman rapat sekian lama? Namun, penjual Alpha Lipid SDII itu mengatakan, tempoh 'puasa nasi' ini sekejap saja. Bila dah turun nanti, boleh makan nasi semula. Saya mula 'terkesan' dengan janjinya itu. Dalam tempoh menurunkan berat badan ini, saya cuba untuk 'mengurangkan' pengambilan karbohidrat seperti mana yang telah digariskan. 

Hari Jumaat, malam sebelum saya memulakan program diet ini, saya dan family makan di luar. Saya memesan masakan kegemaran saya, nasi goreng kampung. 

Isteri saya ajuk saya, 'hai.. kata nak diet?'. 

Saya menjawab spontan, 'program diet belum bermula. Esok pagi baru mula. Malam ni boleh makan lagi'. 
Nasi goreng kampung terus dinikmati dengan penuh selera.. sebelum 'berpisah' dengannya.

Keesokan pagi, bermulalah era baru dalam kehidupan. Buat julung kalinya, saya berdiet! Isteri saya memberi galakan untuk saya mengharungi program diet ini dengan menyatakan 'listkanlah masakan apa yang nak dimakan setiap hari'. Saya mengatakan akan membuat jadual menu masakan harian dan akan tampal di dapur. Begitu 'dahsyat' planning diet. Tetapi sampai ke hari ini, satu jadual pun tak terbuat, apatah lagi mahu ditampal di dapur. 

Cuma apa yang boleh dibuat adalah memastikan makanan larangan jangan di ambil. Hanya yang dibenarkan sahaja. Seminggu awal di dalam tempoh diet ini merupakan detik yang penting. Di ketika saya mengubah cara pemakanan saya, ianya juga mengubah cara hidup saya. Saya begitu berazam mahu bersukan. Seminggu awal ini saya penuhi dengan senaman, berjoging, bermain ping pong. Detik bersejarah tercipta lagi apabila saya memohon masuk ke Kelab Badminton di tempat kerja saya.

Episod seterusnya: selepas seminggu berdiet.

Tuesday, 28 August 2012

Bermulalah Diet

Bersama sahabat saya Saiful. Gambar sekadar hiasan.
Mengapa saya mesti turunkan berat badan? Ok je sebelum ni kan? Bukannya gemuk sangat pun.

Orang yang terlebih berat badan akan berasa beratnya ok selagi mana dia tak sedar diri, tak sayang kat diri sendiri, tak sayang pada ahli keluarga, rasa tak bersalah dengan berat badan yang sentiasa bertambah setiap masa.

Dalam keadaan sudah ada bibit-bibit penyakit yang menghampiri. Dengan bentuk tubuh yang semakin memboyot dan sering diperli orang, perkara itu seharusnya menjadikan seseorang yang terlebih berat badan berasa bersalah kerana memiliki tubuh badan yang begitu.

Sudah lama saya berazam mahu menguruskan badan. Tetapi hanya sekadar azam. Tiada tindakan. Ramai sebenarnya orang yang pendirian seperti saya. 'saya azam mahu mula turun berat badan esok, lusa, bulan depan'. Tetapi entah bila mahu tertunai azam yang sering dibuat.

Alhamdulillah azam yang sekian lama bertangguh itu dijelmakan dengan bersungguh-sungguh sekitar awal bulan Julai yang lalu. 'aku mesti turunkan berat badan!'. Sebab apa? Sebab saya harus hidup dengan sihat dan meminimakan risiko penyakit yang bila-bila masa boleh bertandang. Bacaan darah saya kerap tinggi. Sentiasa di bacaan 'atas pagar'. Ini sesuatu yang juga menjadi sebab untuk saya melakukan sesuatu tindakan.

Jujur, saya mula sedar untuk turunkan berat badan bila terpandang promosi produk Alpha Lipid SDII. Melihat testimoni pengguna, bertanya kenalan-kenalan, juga doktor-doktor, akhirnya saya mengambil keputusan untuk membeli Alpha Lipid SDII. Namun apabila mengetahui syarat pengambilan produk ini harus disertakan dengan diet, saya agar berasa sedikit lemah. 'Bagaimana mahu berhadapan dengan kehidupan tanpa nasi?'. Lama yang berfikir perkara ini.

Atas dasar semangat dan penetapan di minda untuk kurus, dan kebetulan waktu itu Alpha Lipid SDII seolah-olah tampil menunjukkan dirinya, saya kata pada diri saya 'cubalah dulu'.

Lalu saya membeli Alpha Lipid SDII buat pertama kalinya pada pertengahan bulan 7 yang lalu. Dan saya mula berdiet bersama Alpha Lipid SDII ini secara rasmi pada 21hb Julai 2012. Saya akan ceritakan perjalanan diet ini di episod seterusnya.

(Klik gambar hiasan di atas untuk paparan lebih jelas.)